suria

Kebakaran Kilang Penapisan Minyak Venezuela Berjaya Dipadamkan

CARACAS: Pasukan bomba Venezuela berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran kilang penapisan minyak utama negara ini, tiga hari sejak ia terbakar pada Sabtu lalu.

"Kebakaran di kilang penapisan minyak Amuay di Punto Fijo berjaya dipadamkan sepenuhnya," menurut Menteri Tenaga, Rafael Ramirez.

Kebakaran terbabit dipercayai berpunca akibat kebocoran gas dan meragut lebih 40 nyawa.

Ramirez yang juga Presiden Petroleos de Venezuela (PDVSA) berkata, tapak kebakaran berada dalam keadaan terkawal.

Terdahulu Gabenor Falcon, Setalla Luga berkata sekurang-kurangnya 48 maut dalam kebakaran itu tetapi Peguam Negara Venezuela menyangkal dakwaan itu dengan menyatakan jumlah kematian sebenar adalah seramai 41 orang.

Kira-kira 20 ahli unit kawalan keselamatan yang ditugaskan di kilang penapisan minyak itu maut termasuk beberapa ahli keluarga mereka.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain