suria

10,000 Pelarian Syria Terkandas Di Sempadan Turki

ANKARA: Lebih 10,000 pelarian Syria dilaporkan menunggu untuk memasuki sempadan Turki yang semakin terdesak untuk menyelamatkan diri dan membina khemah selepas pihak berkuasa meningkatkan pemeriksaan keselamatan.

Pegawai Turki berkata, peningkatan jumlah pelarian itu akibat perang saudara menyaksikan lebih ramai rakyat Syria mahu menyelamatkan diri selepas konflik sejak Mac tahun lalu kini sudah meragut lebih 20,000 nyawa.

Turki dilaporkan sudah menerima lebih 80,000 pelarian Syria yang ditempatkan di sembilan kem pelarian di sempadan negara itu yang dilaporkan semakin penuh dan sesak.

Berikutan itu, pihak berkuasa Turki merancang menempatkan pelarian baru di sekolah, asrama dan pusat sukan yang berhampiran sempadan sementara menunggu pembinaan empat lagi kem pelarian baru yang mampu menampung 100,000 orang.

Seorang pegawai Turki berkata, pihak berkuasa meningkatkan lagi pemeriksaan keselamatan di sempadan terhadap pelarian berikutan kebimbangan pejuang Kurdish di selatan akan menyusup masuk menerusi Syria.

Ia juga bagi mengelak pejuang jihad dari negara luar bebas daripada keluar masuk Turki untuk berjuang menentang rejim Syria.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain