suria

Slovenia Gantung Penerbangan Belon Udara Panas

LJUBLJANA, Slovenia: Pihak berkuasa Slovenia mengenakan larangan ke atas sebarang penerbangan belon udara panas buat sementara waktu berikutan satu nahas yang mengorbankan empat orang dan mencederakan 28 yang lain.

Agensi Penerbangan Awam negara itu pada Isnin berkata, larangan itu dikeluarkan seiring dengan cadangan pasukannya yang sedang menyiasat satu kemalangan yang berlaku pada Khamis lalu berhampiran ibu negara Ljubljana.

Agensi berita Slovenia, STA berkata, penemuan awal menunjukkan bahawa kemalangan itu berpunca akibat angin altitud rendah yang telah terjejas oleh ribut.

Belon yang membawa 32 orang di dalam bakul itu dibawa angin, meletup dan terbakar.

Semua penumpang yang maut merupakan rakyat Slovenia, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dan ibunya.

Antara yang cedera dalam nahas itu adalah dua warga British dan dua rakyat Itali. – AP

Artikel Berikut

Artikel Lain