suria

Letupan Kilang Simen, 7 Terbunuh

BEIJING: Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh apabila satu letupan berlaku di sebuah kilang simen di selatan China.

Agensi berita Xinhua yang memetik kenyataan pegawai kerajaan tempatan melaporkan, letupan itu berlaku di kilang simen Hailuolongshan di bandar Yingde dekat wilayah Guangdong.

"Punca kejadian masih lagi disiasat," kata pegawai terbabit yang tidak disebutkan namanya. AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain