suria

Mayat Mangsa Nahas Pesawat Terhempas Di Kalimantan Timur Ditemui

JAKARTA: Pasukan penyelamat telah menjumpai mayat seorang warga Australia dan tiga penumpang lain yang terbunuh dalam nahas kapal terbang di Kalimantan Timur, kata seorang pegawai pada Isnin.

Peter John Elliott yang menyewa pesawat itu untuk syarikat pelombongannya yang berpangkalan di Perth adalah antara empat mangsa yang maut.

"Bangkai pesawat ditemui di kawasan pelombongan arang. Kami percaya ia melanggar pokok dan terbakar. Kesemua empat mangsa meninggal dunia dan badan mereka melecur teruk," kata jurucakap Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan, Gagah Prakoso.

Pesawat jenis PA31 Piper Navajo Chieftain itu ditemui di kawasan hutan wilayah Kutai Timur, Kalimantan Timur, dua hari selepas dilaporkan hilang.

Media tempatan melaporkan tiga penumpang yang turut berada dalam pesawat itu terdiri daripada warga Indonesia termasuk seorang juruterbang.

Kesemua mayat dibawa ke hospital Samarinda.

"Cuaca seperti angin kuat mungkin menyebabkan pesawat itu berada dalam keadaan tidak stabil," kata Prakoso.

Artikel Sebelum

Artikel Lain