suria

Loji Minyak Venezuela Masih Terbakar, Angka Korban Meningkat 41 Orang

PUNTO FIJO: Loji penapisan minyak terbesar Venezuela yang meletup dan terbakar pada Ahad dilaporkan masih mengeluarkan api yang kuat dengan jumlah korban meningkat kepada 41 orang, Isnin.

Dua mangsa yang melecur teruk dalam kejadian yang dipercayai berpunca daripada kebocoran gas itu, meninggal dunia pada Isnin.

Jurucakap Hospital Coromoto Maracaibo, Jesus Valdes, berkata tujuh daripada 15 mangsa yang dirawat kerana kecederaan parah masih berada di unit rawatan rapi hospital itu dengan keadaannya dilaporkan stabil.

Venezuela adalah pengeluar terbesar minyak di Amerika Selatan.

Kejadian yang menimpa firma minyak terbesar negara itu, Petroleos de Venezuela (PDVSA) disifatkan tragedi paling dashyat.

Pihak berkuasa dilaporkan masih bertungkus-lumus memadam api di dua daripada sembilan tangki simpanan minyak yang terbakar sejak Ahad.

Artikel Sebelum

Artikel Lain