suria

Dua Maut Ribut Tropika Isaac Landa Haiti

PORT-AU-PRINCE: Ribut tropika Isaac melanda Haita pada Sabtu menyebabkan sekurang-kurangnya dua maut.

Ribut berkelajuan 95 kilometer sejam itu turut dijangka melanda Cuba pada sebelah malam dan menghampiri Florida pada Ahad, menurut Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat (NHC).

Satu amaran taufan telah dikeluarkan di Florida dan beberapa kawasan di pantai barat daya negeri itu.

Amaran itu memaksa Konvensyen Kebangsaan Republikan yang dijadualkan berlangsung Isnin ini di Tampa ditangguhkan.

Ribut Isaac dilaporkan melintasi Haiti, tempat di mana ratusan ribu penduduk masih tinggal di kem-kem ekoran gempa bumi kuat pada 2010.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut apabila dinding rumahnya runtuh manakala seorang wanita berusia 51 tahun meninggal dunia dihempap runtuhan bumbung.

Artikel Sebelum

Artikel Lain