suria

Pekerja Zoo Maut Dibaham Harimau Terlepas Kandang

BERLIN: Seekor harimau yang terlepas dari kandangnya menyerang dan membunuh seorang penjaga haiwan wanita di Zoo Cologne, Jerman pada Sabtu sebelum ia ditembak mati.

Pintu kandang harimau itu yang tidak ditutup dengan betul membolehkan haiwan itu keluar dan menyerang wanita berkenaan.

Mangsa meninggal dunia di hospital tidak lama kemudian akibat luka parah.

Pengarah zoo, Theo Pagel kemudiannya menembak mati harimau itu sebelum polis dengan pantas membersihkan kawasan kejadian dan zoo itu kembali beroperasi seperti biasa.

Artikel Sebelum

Artikel Lain