suria

Menteri Pengangkutan Yaman Terselamat Cubaan Bunuh

ADEN: Menteri Pengangkutan Yaman, Waed Abdullah Bathib terselamat daripada cubaan bunuh pada Sabtu selepas kenderaannya ditembak bertalu-talu oleh individu tidak dikenali.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan di bandar selatan Aden.

Bagaimanapun kereta Waed berlubang akibat tembakan tersebut.

Menurut jurucakap kerajaan tempatan, tembakan berkenaan dilepaskan dari sebuah kereta lain.

Mereka yang bertanggungjawab melakukan serangan di daerah Khormaksar itu juga masih belum dapat dipastikan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain