suria

26 Terbunuh Loji Penapisan Minyak Di Venezuela Terbakar

CARACAS: Sekurang-kurangnya 26 maut dan lebih 80 lagi cedera apabila sebuah loji penapisan minyak terbesar Venezuela terbakar, awal pagi Ahad.

Sehubungan itu, Presiden Hugo Chavez mengumumkan tempoh berkabung di seluruh negara berikutan tragedi yang dianggapnya 'memberi kesan terhadap rakyat, ahli keluarga, orang awam dan anggota tentera itu'.

Naib Presiden, Elias Jaua pula berkata, 17 yang maut terdiri di kalangan Pengawal Negara yang berperanan melindungi kemudahan di loji penapisan di Bandar Amuay, yang terletak di Semenanjung Paraguana.

Gabenor Negeri Falcon, Stella Lugo sebelum itu memberitahu menerusi stesen televisyen bahawa seorang daripada mangsa adalah kanak-kanak berusia 10 tahun.

Artikel Sebelum

Artikel Lain