suria

Pesawat Pertama Buatan Malaysia Mendarat Di Madurai

NEW DELHI: Sebuah penerbangan pesawat ditempah dari Malaysia akan menjadi pesawat antarabangsa pertama mendarat di Madurai pada Sabtu, yang menyaksikan lapangan terbang Madurai itu menjadi terminal antarabangsa, demikian lapor The Hindu.

Akhbar itu melaporkan dua penerbangan pesawat ditempah dari Malaysia, membawa 23 ahli perniagaan, telah memperoleh kelulusan daripada Ketua Pengarah Penerbangan Awam untuk mendarat di Madurai pada Sabtu.

Pesawat itu dijadual terbang balik ke Malaysia pada 28 Ogos.

Bagaimanapun, laporan itu tidak mendedahkan nama pengendali pesawat tersebut. -BERNAMA

Artikel Lain