suria

Tiga Maut, Jambatan Lapan Lorong Runtuh

BEIJING: Tiga terbunuh manakala lima lagi cedera parah apabila sebuah jambatan lapan lorong di timur laut China runtuh awal pagi Jumaat.

Kejadian itu berlaku selepas jambatan berkenaan beroperasi selama sembilan bulan.

Jambatan tersebut yang dibuka kepada orang ramai November tahun lalu selepas mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan menelan kos sebanyak $300 juta.

Jambatan itu runtuh selepas empat kenderaan berat melaluinya.

Jambatan tersebut boleh menampung 9,800 kenderaan setiap jam.

Dua orang maut serta merta di tempat kejadian manakala seorang lagi ketika dalam perjalanan ke hospital.

Agensi berita Xinhua berkata, sekurang-kurangnya enam jambatan utama di sekitar negara itu runtuh sejak Julai tahun lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain