suria

Korea Selatan Akan Kembalikan Surat Bantahan

SEOUL: Korea Selatan pada Khamis mengumumkan akan mengembalikan surat bantahan daripada Perdana Menteri Jepun berhubung pertikaian pulau di Laut Timur antara kedua-dua negara itu, tanpa membalasnya.

Surat Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda itu akan dikembalikan kerana ia mungkin akan digunakan oleh Tokyo untuk memperkuatkan tuntutan negara itu ke atas pulau Dokdo, menurut Kementerian Luar Korea Selatan.

Surat yang ditujukan kepada Presiden Lee Myung-Bak itu selama ini telah disimpan oleh pejabat kedutaan Korea di Jepun.

“Kedutaan kami di Tokyo akan menghubungi pihak Jepun pada Jumaat untuk mengembalikan surat tersebut," kata jurucakap Kementerian Luar, Cho Tai-Young.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain