suria

Bekas Senator Brazil Bayar Balik Wang Yang Diseleweng

BRASILIA: Seorang daripada dua senator Brazil yang dilucutkan jawatan masing-masing atas kesalahan rasuah akan membayar balik dana awam sebanyak AS$234 juta (RM725 juta) yang diseleweng pada lewat 1990-an, kata pihak berkuasa.

Ketua pendakwa raya, Helia Bettero berkata, ini adalah jumlah terbesar yang dibayar balik dalam kes rasuah.

Katanya, sebahagian daripada duit berkenaan sudah ditemui tetapi bayaran balik itu adalah ganti rugi kepada dana awam.

"Ini adalah ganti rugi terbesar dalam usaha membanteras rasuah di Brazil dan mungkin terbesar di dunia," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain