suria

12 Maut, Puluhan Cedera Dalam Pertempuran Di Libya

TRIPOLI: Sekurang-kurangnya 12 terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera apabila dua puak bertempur di tengah Libya.

Pegawai berkata, pertempuran di antara dua puak berkenaan bertambah tegang dengan masing-masing menggunakan pelbagai senjata.

Kejadian berlaku di bandar Zlitan yang terletak kira-kira 145 kilometer dari timur barat Tripoli.

Bagaimanapun, punca yang menyebabkan tercetusnya pertempuran itu tidak dapat dipastikan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain