suria

Mayat Menteri Filipina Terbabit Dalam Nahas Pesawat Dijumpai

MANILA: Mayat Menteri Dalam Negeri Filipina, Jesse Robredo dijumpai dan dibawa dari laut di mana berlakunya nahas pesawat kecil yang terhempas tiga hari lalu pada awal Selasa.

Mayat Robredo ditarik keluar dari badan kapal terbang dengan enjin berkembar Piper Seneca yang terbalik, kira-kira 55 meter dari paras lalut dan kira-kira 800 meter dari wilayah Masbate, kata Setiausaha Pengangkutan, Mar Roxas.

Roxas berkata, mayat juruterbang warga Filipina dan pelajar juruterbang warga Nepal terperangkap dalam kokpit dan akan dibawa keluar kemudian.

“Penyelam sukarelawan kami menjumpai badan kapal terbang yang terdapat beberapa mayat di dalamnya, pada pukul 7.25 pagi,” kata Roxas kepada para pemberita di Masbate.

Robredo, 54, dalam perjalanan ke kampung halamannya di bandar Naga pada Sabtu dari bandar Cebu, di mana beliau berjumpa dengan pegawai tempatan, apabila salah satu daripada enjin pesawat tidak berfungsi selepas 30 minit penerbangan.

Roxas berkata, pesawat itu terhempas dalam cubaan untuk membuat pendaratan cemas di lapangan terbang Masbate, kira-kira 380 kilometer tenggara Manila. - AP

Artikel Lain