suria

Empat Terbunuh Dalam Nahas Helikopter Di Kazakhstan

MOSCOW: Menteri Pertahanan Kazakhstan berkata, empat orang terbunuh dalam satu nahas helikopter yang terhempas di luar ibu negara itu.

Kementeriannya dalam satu kenyataan berkata, helikopter Mi-7 terhempas pada awal Rabu di luar lapangan terbang tentera Astana ketika dalam misi latihan, mengorbankan kru.

Kementerian pertahanan berkata, mereka cuba untuk mengenal pasti punca nahas.

Kazakhstan masih menggunakan pengangkutan udara yang sudah lama dan sukar menyelenggaranya dengan baik. - AP

Artikel Lain