suria

Polis Pakistan Siasat Budak Perempuan Hina Agama

ISLAMABAD: Seorang anggota polis Pakistan berkata, pihak berkuasa menahan seorang budak perempuan beragama Kristian dan menjalankan siasatan sama ada dia telah mencabuli undang-undang penghinaan agama selepas beratus-ratus penduduk marah menuntut pihak polis mengambil tindakan.

Zabi Ullah pada Isnin berkata, budak perempuan itu ditahan pada Khamis selepas beratus-ratus penduduk marah dan membuat laporan mendakwa dia telah membakar kerta-kerta agama di luar rumahnya di Islamabad.

Beliau berkata, polis membawa budak perempuan itu ke balai polis, dan dia disiasat oleh pihak berkuasa.

Terdapat beberapa laporan yang berbeza-beza mengenai usia budak perempuan itu. Ullah berkata, dia berusia 16 tahun manakala para pegawai yang lain mengatakan dia berusia 12 atau 11 tahun.

Di bawah undang-undang penghinaan agama Pakistan, sesiapa yang didapati bersalah kerana menghina Nabi Muhammad atau kitab Quran akan dikenakan hukuman mati. - AP

Artikel Lain