suria

Pengarah Filem ‘Top Gun’ Bunuh Diri

Tony Scott. Foto AP
Tony Scott. Foto AP
Tony Scott. Foto AP

LOS ANGELES: Pengarah filem Hollywood, Tony Scott yang turut mengarahkan filem ‘Top Gun’ dilaporkan membunuh diri apabila terjun dari sebuah jambatan di San Pedro, Carlufornia, kata The Los Angeles Times pada lewat Ahad.

Menurut sumber polis Los Angeles, akhbar itu berkata, mayat Scott diangkat keluar dari sungai berhampiran Jambatan Vincent Thomas oleh polis dan anggota Keselamatan Pantai Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan penyiasat, terdapat sekeping nota bunuh diri dijumpai dalam keretanya, yang diletakkan di atas jambatan itu.

Beberapa saksi melihat Scott memanjat jambatan itu dan terjun ke sungai, lapor akhbar tersebut.

Selain ‘Top Gun’ yang menampilkan pelakon Tom Cruise, Scott turut mengarahkan filem ‘Enemy of the State’, ‘Beverly Hills Cop II’ dan ‘Crimson Tide’. - AFP

Artikel Lain