suria

Michelle Obama Rancang Lawat Keluarga Mangsa Insiden Kuil Sikh

WASHINGTON: Michelle Obama merancang untuk berkunjung ke Milwaukee bagi berjumpa dengan ahli keluarga mangsa yang terbunuh dan cedera dalam insiden tembakan di sebuah kuil Sikh pada bulan ini.

White House berkata, wanita pertama Amerika Syarikat (AS) itu akan melawat pada Khamis, sebahagian daripada outreach pentadbirannya ke komuniti Sikh selepas kejadian yang berlaku pada 5 Ogos lalu.

Seorang lelaki bersenjata membunuh enam orang yang menghadiri khidmat pada Ahad sebelum membunuh dirinya sendiri.

Lelaki bersenjata itu mempunyai kaitan dengan kumpulan neo-Nazi dan ‘supremacist’.

Penyiasat berkata, mereka mungkin tiada mengetahui dengan pasti punca serangan.

Wanita pertama AS itu turut merancang untuk menghadiri ke sebuah majlis kempen.

Presiden AS sendiri belum lagi berkunjung ke Milwaukee selepas insiden itu, dan Ketua Peguam Negara yang menghadiri upacara peringatan itu. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain