suria

Presiden Filipina Tawar Ganjaran Dua Kali Ganda Tangkap Palparan

MANILA: Presiden Filipina Benigno Aquino III meningkatkan ganjaran sebanyak dua kali ganda bagi mendapatkan maklumat yang boleh membawa kepada penangkapan seorang bekas jeneral yang didakwa melakukan penculikan.

Jurucakap presiden, Edwin Lacierda berkata bahawa Aquino kecewa dengan perkembangan kes tersebut yang agak perlahan dalam penahanan individu berprofil tinggi termasuk bekas Mejar Jeneral Jovito Palparan.

Palparan masih melarikan diri sejak didakwa menculik dua wanita aktivitis sayap kiri pada 2006.

Kedua-dua wanita itu masih hilang.

Ganjaran tersebut kini mencecah 2 juta peso ($47,100).

Pemantau Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Amerika Syarikat berkata, Palparan dilindungi oleh beberapa anggota tentera.

Artikel Lain