suria

Polis Tembak Mati 30 Pelombong Sertai Mogok

JOHANNESBURG: Polis Afrika Selatan menembak mati kira-kira 30 pekerja lombong logam Lonmin PLC yang membawa bersama beberapa senjata ketika melancarkan mogok di sini.

Ia merupakan insiden terburuk pernah berlaku di Afrika Selatan sejak berakhirnya era aparteid.

Jurucakap polis, Zweli Mnisi berkata, lebih 30 orang terbunuh.

Katanya, siasatan berhubung insiden yang berlaku dekat Marikana, kira-kira 70 kilometer dari barat laut Johannesburg masih diteruskan.

Insiden tembak-menembak itu berlaku pada petang Khamis selepas polis gagal memujuk pelombong untuk menyerahkan parang dan beberapa senjata tajam lain.

Beberapa pelombong enggan bersurai dan masih membawa bersama parang dan senjata untuk bertempur dengan polis ketika melancarkan mogok berhampiran lombong berkenaan.

Artikel Lain