suria

Kerajaan India Rugi Berbilion Dolar Dalam Skandal Batu Arang

NEW DELHI: Juruaudit Kebangsaan India berkata, kerajaan negara itu kerugian sejumlah besar wang dengan menjual tapak batu arang kepada syarikat swasta tanpa membidanya secara kompetitif.

Satu laporan oleh Ketua Audit dan Kawalan Negara di Parlimen pada Jumaat mendedahkan terdapat 142 tapak batu arang yang dijual sejak Julai 2004 kepada syarikat-syarikat swasta dan syarikat-syarikat yang dikendalikan oleh kerajaan.

Laporan itu menganggarkan syarikat swasta mendapat keuntungan luar biasa berjumlah AS$34 bilion (RM106.52 bilion) kerana mereka membayar harga yang rendah untuk mendapatkan tapak-tapak itu.

Laporan itu berkata, bidaan itu memberikan kerajaan sebahagian daripada jumlah berkenaan.

Juruaudit berkata, peruntukan yang berpunca daripada tidak telus itu telah dilakukan atas syor daripada pihak kerajaan.

Mereka membiarkan Perdana Menteri, Manmohan Singh terlepas walaupun beliau yang mengendalikan kementerian arang batu ketika itu. - AP

Artikel Lain