suria

Hotel Mewah Tawar Ekspedisi Mencari Cendawan

Antara pengunjung hotel mewah Four Seasons Resort Vail ketika menyertai ekspedisi mencari cendawan. Foto AP

VAIL, Colorado: Mencari cendawan bukan sesuatu yang mudah, atau selesa seumpama ini.

Kadar AS$200 (RM602.07) seorang, hotel Four Seasons Resort Vail menyediakan ekspedisi berpandu dengan kenderaan SUV mewah untuk mencari cendawan.

Program ‘The Mushrooms & Mercedes’ turut meliputi waktu makan tengah hari yang disertakan bersama wain, keju dan ‘prosciutto’ (sejenis daging yang disalai) dan diakhiri dengan tiga hidangan bertemakan cendawan sekembalinya ke hotel.

“Kami mempunyai hutan dan bukit yang sangat indah. Kami mahu pengunjung kami keluar ke sana dan merasai pengalaman yang terbaik di Colorado,” kata Angelica Palladimo, pengarah makanan dan minuman di Four Seasons Resort Vail.

Resort tersebut menawarkan 40 kawasan untuk ekspedisi cendawan pada tahun ini, dan sesi yang tinggal adalah pada 19 Ogos dan 24 Ogos.

Hampir kesemua kawasan untuk ekspedisi itu sudah dijual, dan bukan semuanya untuk pengunjung hotel.

Pihak hotel merancang untuk menawarkan program tersebut lagi pada musim panas akan datang. - AP

Artikel Lain