suria

Pangkalan Tentera Udara Pakistan Diserang

ISLAMABAD: Tentera Udara Pakistan berkata, puak militan melancarkan serangan terhadap salah satu pangkalan udaranya di barat daya negara itu.

Serangan itu menyebabkan insiden berbalas-balas tembakan secara intensif dengan pasukan keselamatan.

Tentera Udara dalam satu kenyataan berkata, pihaknya bagaimanapun sudah mengepung kawasan Pangkalan Udara Kamra berkenaan.

Pegawai Polis, Hafeez Aulakh berkata, puak pejuang militan berkenaan cuba memasuki pangkalan berkenaan sebelum subuh pada Khamis.

Katanya, bunyi tembakan masih jelas kedengaran di luar pangkalan berkenaan dengan api kelihatan menjulang di udara.

Pangkalan Udara Kamra terletak di Wilayah Punjab, 85 kilometer di barat daya ibu negara Islamabad.

Artikel Sebelum

Artikel Lain