suria

OIC Gantung Keahlian Syria

MAKKAH: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) telah mengambil keputusan drastik dengan menggantung keahlian Syria, negara yang berhadapan dengan konflik berdarah lebih 17 bulan.

Perkara itu diputuskan pada sidang khas OIC yang berlangsung di sini dan diumumkan awal pagi Khamis.

"Wujud kebimbangan yang mendalam berkenaan dengan pembunuhan (orang ramai) dan tindakan tidak perikemanusiaan ke atas rakyat Syria," kata Menteri Hal Ehwal Luar Arab Saudi, Nizar Obaid Madani.

Bagaimanapun keputusan itu dikatakan dibantah oleh Iran.

OIC dianggotai negara yang mewakili 1.5 bilion umat Islam.

Sementara itu, Setiausaha Agung OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu memaklumkan sudah menghantar “mesej tegas” itu ke Damsyik.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada penghujung Sidang Kemuncak Khas di sini berkata, semua anggota “bersetuju perlunya keganasan di Syria dihentikan segera dan menggantung negara itu daripada OIC.

Ihsanoglu berkata, keputusan tegas itu melambangkan “mesej tegas dari dunia Islam kepada rejim Syria”.

Artikel Sebelum

Artikel Lain