suria

Mahkamah Arah Keluarga Mangsa Buli Terima Pampasan

SEOUL: Sebuah mahkamah di Korea Selatan pada Khamis mengarahkan pampasan dibayar kepada ibu bapa pelajar yang membunuh diri akibat dibuli oleh rakan sekelasnya.

Pelajar berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Kwon, membunuh diri dengan terjun dari sebuah pangsapuri di bandar Daegu, Disember tahun lalu.

Dia turut meninggalkan nota bunuh diri yang memberitahu dia dibuli dengan teruk oleh rakan sekelasnya.

Dua rakan sekelasnya didapati bersalah kerana memukul dan menghina Kwon sejak beberapa bulan.

Akibatnya, mereka masing-masing dijatuhi hukuman penjara selama 30 dan 36 bulan.

Mahkamah turut mengarahkan sekolah dan ibu bapa kepada dua pelajar yang membuli Kwon membayar pampasan sebanyak 130 juta won ($114,638) kepada keluarganya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain