Harapan Baru Untuk Ubati Ketagihan Heroin, Morfin - Dunia | mStar

Harapan Baru Untuk Ubati Ketagihan Heroin, Morfin

MELBOURNE: Saintis Australia dan antarabangsa mungkin menemui penawar bagi merawat ketagihan heroin dan morfin.

Dalam kejayaan terbaharu, saintis berkata ketagihan morfin dan heroin boleh disekat dan pada masa sama meredakan kesakitan.

Pasukan University of Adelaide dan University of Colorado menemui mekanisme utama dalam sistem imun badan yang menguatkan ketagihan dadah opioid.

Kajian makmal menunjukkan dadah (+)-naloxone akan secara selektif menghalang tindak balas ketagihan imun, menurut kenyataan University of Adelaide.

Keputusan itu yang membawa kepada penghasilan dadah baru yang akan membantu pesakit yang menghadapi kesakitan teruk dan penagih heroin menghilangkan tabiat itu - kajian itu akan diterbitkan pada Khamis, dalam Jurnal Neorosains.

"Kajian kami menunjukkan kita boleh menyekat ketagihan melalui sistem imun otak, tanpa menyasarkan 'brain wiring'," kata penulis utama bagi kajian itu, Dr Mark Mark Hutchinson, dari Sekolah Sains Perubatan, University of Adelaide.

"Kedua-dua sistem saraf pusat dan sistem imun memainkan peranan penting dalam mewujudkan ketagihan, tetapi kajian kami menunjukkan kita hanya perlu menyekat tindak balas imun dalam otak bagi mencegah ketagihan dadah opioid," katanya. Pasukan itu menumpukan usaha penyelidikan ke atas reseptor imun dikenali sebagai 'Toll-Like receptor 4' (TLR4).

"Dadah opioid seperti morfin dan heroin mengikat TLR4 dengan cara yang sama tindak balas imun biasa kepada bakteria. Masalahnya TLR4 kemudian bertindak sebagai penguat untuk ketagihan," kata Dr Hutchinson.

"Dadah (+)-naloxone secara automatik menghentikan ketagihan. Ia menutup keperluan untuk mengambil opioid, menghentikan tabiat ketagihan dan neurokimia dalam perubahan otak - dopamin, yang merupakan bahan kimia penting bagi menyediakan rasa 'nikmat' daripada dadah, tidak lagi dihasilkan."

Pengarang kanan Prof Linda Watkins, dari Pusat Neorosains, University of Colorado Boulder, berkata: "Kajian ini secara asasnya menukar apa yang kita faham tentang opioid, nikmat dan ketagihan. Kami mengesyaki untuk beberapa tahun TLR4 mungkin boleh menyekat ketagihan opioid, dan kini kita mempunyai bukti.

"Dadah yang kita guna untuk menghentikan ketagihan, (+)-naloxone, adalah 'non-opioid mirror image drug' yang dihasilkan oleh Dr Kenner Rice pada 1970-an.

"Kami percaya ia terbukti sangat berguna sebagai ubat bersama morfin, supaya pesakit yang memerlukan bantuan untuk kesakitan teruk tidak akan menjadi ketagih sebaliknya berupaya melegakan kesakitannya. Ia berpotensi membawa kemajuan utama untuk pesakit dan rawatan paliatif," kata Watkins.

Penyelidik berpendapat ujian klinikal itu mungkin boleh dibuat dalam tempoh 18 bulan akan datang. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain