Tiga Cedera Letupan Bom Dekat Hotel PBB Di Syria - Dunia | mStar

Tiga Cedera Letupan Bom Dekat Hotel PBB Di Syria

DAMSYIK: Tiga orang cedera selepas bom meletup di tengah bandar raya ini berdekatan hotel yang digunakan misi pemerhati Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), lapor televisyen Syria.

Letupan berlaku berdekatan kawasan depoh tentera dan ibu pejabat kesatuan sekerja berpunca daripada bom yang diletakkan dalam sebuah lori minyak.

Bagaimanapun tiada mangsa yang cedera terdiri daripada kakitangan PBB.

Beberapa ambulans dikejarkan ke tempat kejadian dan kawalan keselamatan dilakukan segera.

Hotel tersebut mengalami kerosakan teruk akibat letupan itu dengan beberapa tingkap dilaporkan berkecai.

Bangunan Kesatuan Sekerja yang terletak di seberang jalan turut rosak dan kepulan asap hitam menyelubungi ruang udara sebelum api dipadamkan.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain