suria

Ribut Tropika Kai-Tak Landa Filipina, Dua Maut

MANILA: Ribut tropika kedua melanda utara Filipina selepas menyebabkan hujan lebat pada Rabu menyebabkan sekurang-kurangnya dua terkorban pada ketika cuaca diramalkan akan mengakibatkan banjir lebih buruk.

Ribut Tropika Kai-Tak bertiup kawasan pantai di timur laut wilayah Isabela dengan kelajuan maksimum 100 kilometer sejam dan deruan kuat.

Ia dijangka bergerak ke utara wilayah perladangan dan berakhir di barat Pulau Luzon serta kemudiannya berubah menjadi taufan kencang menuju selatan China dan Hong Kong.

Ketua Agensi Bantuan Kecemasan Nasiona, Benito Ramos, berkata, dua orang maut termasuk seorang lelaki yang lemas ketika berenang di wilayah Ilocos Norte.

Dia berkata, beberapa jalan turut ditenggelami air sehingga paras lutut.

Dalam pada itu, Presiden Benigno Aquino III berdepan masalah lain apabila beratus-ratus pekerja agensi kaji cuaca negara itu membantah terhadap gaji mereka dan memberi amaran perkhidmatan boleh bertambah teruk.

Artikel Lain