suria

Gempa Bumi 7.5 SR Landa Rusia, Utara Jepun

SYDNEY: Satu gempa bumi kuat dengan dengan magnitud 7.5 melanda pantai timur Rusia hingga ke utara Jepun demikian menurut Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Bagaimanapun tiada amaran tsunami dikeluarkan oleh pihak berkuasa Jepun.

Gempa bumi itu diukur berlaku pada jarak yang dalam iaitu pada sekitar 580 km (360 batu) di bawah permukaan bumi.

Televisyen Jepun berkata, gempa itu diukur pada 7.3 skala Richter (SR). REUTERS

Artikel Lain