suria

Gempa Bumi Iran: Angkat Kematian Meningkat Kepada 306 Orang

Operasi mencari mayat yang tertimbus giat dilakukan.
Operasi mencari mayat yang tertimbus giat dilakukan.
Operasi mencari mayat yang tertimbus giat dilakukan.

TEHRAN: Angka kematian akibat dua gempa bumi yang menggegar Iran pada hujung minggu lalu meningkat kepada 306 orang manakala 3,037 lagi mengalami kecederaan.

Menteri Kesihatan Marzieh Vahid Dastjerdi pada Isnin berkata, kebanyakannya mangsa yang terkorban terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Angka terbaru itu diserahkan kepada pemimpin negara itu dan disiarkan dalam laman web parlimen.

Pada Ahad, Menteri Dalam Negeri Moustafa Mohammad-Najjar memberitahu kira-kira 227 orang maut manakala 1,380 lagi mengalami kecederaan.

Vahid Dastjerdi berkata, daripada 306 mangsa yang terkorban, pihak hospital mendapati 219 daripadanya adalah wanita dan kanak-kanak manakala 49 lagi lelaki.

Mangsa yang cedera menerima bantuan kecemasan di tempat kejadian manakala selebihnya dikejarkan ke hospital untuk rawatan susulan.

Kira-kira 700 pembedahan telah dilakukan, katanya.

Dua gempa bumi berukuran 6.4 dan 6.3 skala Richter melanda barat laut Iran pada Sabtu, memusnahkan hampir keseluruhan kediaman penduduk di bandar Tabriz.

Pihak berkuasa menghentikan operasi menyelamat pada Ahad selepas mendapati hampir kesemua mangsa berjaya diselamatkan.

Vahid Dastjerdi berkata, pihaknya sedang meneruskan usaha untuk mencari mayat yang tertimbus dalam runtuhan akibat gempa bumi itu.

Artikel Lain