suria

Gempa Bumi 6.3 Skala Richter Landa China

BEIJING: Satu gempa bumi berukuran 6.3 skala Richter menggegarkan sempadan wilayah Xinjiang dan Tibet, Ahad.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, pusat gempa tersebut dikesan pada kedalaman sembilan kilometer, kira-kira 280 kilometer ke timur pekan Hotan.

Bagaimanapun, tiada sebarang kerosakan atau kecederaan dilaporkan setakat ini.

Artikel Lain