suria

Fidel Castro Raikan Ulang Tahun Kelahiran Yang Ke-86

HAVANA: Fidel Castro, pada Isnin meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-86 tanpa sebarang perayaan atau majlis.

Memerintah Cuba dari Januari 1959 sehinggalah krisis kesihatan pada 2006 memaksanya menyerahkan sebahagian besar urusan mentadbir negara kepada adiknya, Raul Castro,81, pemimpin itu kini menghabiskan sisa-sisa hidupnya tanpa sebarang publisiti.

Kali terakhir Castro muncul di hadapan khalayak ramai ialah pada Mac lalu apabila beliau menerima kunjungan Pope Benedict XVI.

Castro juga kini semakin jarang kolum tetapnya dalam media rasmi kerajaan.

Kali terakhir beliau menulis ialah pada 19 Jun lalu.

Cuba adalah satu-satunya negara yang masih di bawah pemerintahan komunis di rantau Amerika.

Artikel Lain