suria

Datuk Bandar Ditembak Mati Di Mexico

MEXICO CITY: Datuk bandar ditembak pada Ahad bersama pembantunya di wilayah utara San Luis Potosi, kawasan yang kini dibelenggu kegiatan keganasan dadah, kata pendakwaraya.

Polis menerima laporan sehingga menemui kereta di bandar Matehuala, utara negeri itu dan menjumpai dua mayat dan seorang yang terselamat daripada serangan berkenaan.

"Mayat Datuk Bandar, Edgar Morales ditemui dalam van pagi ini," kata jurucakap pendakwaraya.

Mayat kedua dikenalpasti sebagai Juan Francisco Hernandez, iaitu pengurus kempen Morales.

Mangsa yang terselamat memberitahu polis bahawa ketiga-tiga mereka diserang sebaik meninggalkan sebuah majlis.

Bagaimanapun dia tidak mengetahui siapa atau berapa ramai penyerang ketika kejadian berlaku.

San Luis Potosi digemparkan dengan kegiatan keganasan kartel dadah termasuk penemuan 14 mayat di dalam sebuah van pada Khamis lalu.

Artikel Lain