suria

Lumba Kereta Haram, Tujuh Maut di Romania

BUCHAREST, Romania: Satu perlumbaan kereta haram menyebabkan kemalangan kereta bertindih, selain tujuh orang maut dan sembilan cedera, di Tulcea.

Agensi berita Mediafax melaporkan, kejadian itu berlaku selepas kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun serta tidak mempunyai lesen hilang kawalan dan melanggar kereta dari arah bertentangan.

Lima daripada sembilan mangsa yang cedera berada dalam keadaan koma. -REUTERS

Artikel Lain