suria

Ribut Ernesto Ragut Lima Nyawa Di Mexico

XALAPA (Mexico): Ribut Ernesto yang melanda Mexico meragut lima nyawa dengan keadaan ribut yang semakin lemah dijangka mengakibatkan hujan lebat dan kemungkinan berlakunya banjir.

Pihak berkuasa negara itu berkata, seorang nelayan berusia 17 tahun ditemui lemas di luar pesisir pantai tenggara bandar Centla, manakala mayat mangsa kedua ditemui di sungai berdekatan Cunduacan. Sementara itu, menurut Agensi Perlindungan Awam, di barat daya Mexico di daerah Veracruz, tiga mayat ditemui apabila pokok tumbang di atas van mereka. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain