suria

Laman Web ASIO Digodam, Akses Orang Awam Disekat

SYDNEY: Sekumpulan pengodam Anonymous pada Jumaat yang didakwa menutup pelayan komputer milik Pertubuhan Risikan Keselamatan Australia (ASIO) dilaporkan menyekat akses orang awam ke laman web itu.

ASIO menyedari beberapa gangguan di laman web agensi itu.

Laman sosial, Twitter turut mengeluarkan komen beberapa hari ini bahawa ASIO dan laman web Direktorat Isyarat Pertahanan (DSD) menjadi sasaran pengodam Australia yang dikaitkan dengan Anonymous.

Akhbar The Sydney Morning Herald melaporkan bahawa laman web ASIO ditutup sekurang-kurangnya 30 minit pagi Jumaat.

Namun ia kembali normal pada petang Jumaat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain