suria

Ibu Mangsa Bunuh Rayu Dapatkan Petunjuk Baru Kematian Anaknya

BANGKOK: Ibu kepada seorang pelancong bajet warga British yang dibunuh di Thailand, 12 tahun lalu mengemukakan rayuan untuk mendapatkan petunjuk baru yang boleh membantu menangkap pembunuh anak perempuannya itu.

Sue Jones berlepas ke Thailand minggu ini untuk meraikan ulang tahun kematian anaknya, Kirsty Jones, 23.

Mangsa dirogol dan dicekik di sebuah rumah tetamu di utara bandar, Chiang Mai.

Sue memberitahu media pada Jumaat bahawa dia akan memberikan ganjaran sebanyak 10,000 pound ($15,650) kepada pemberi maklumat mengenai kematian anaknya.

Kes pembunuhan itu menjadi perhatian media pada 2000.

Polis Thailand menghadapi tekanan untuk menyelesaikan kes tersebut yang didakwa dilakukan oleh pemilik rumah tetamu itu.

Bagaimanapun, lelaki tersebut dibebaskan kerana kekurangan bukti.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain