suria

Cerrato Dilantik Menteri Kewangan Baru Honduras

TEGUCIGALPA: Wilfredo Cerrato dilantik sebagai menteri kewangan baru Honduras pada Khamis, menggantikan Hector Guillen yang meletak jawatan minggu lalu selepas isterinya ditahan bersama sejumlah wang bernilai $57,600 di dalam kenderaannya.

Cerrato, 41, yang juga pakar ekonomi merupakan menteri kewangan ketiga di bawah pentadbiran Presiden Porfirio Lobo.

Cabaran utama beliau adalah untuk menyusun perjanjian awal dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang menjadi kebimbangan ekoran kegagalan kerajaan memenuhi matlamat defisit fiskal yang terikat kepada perjanjian 18 bulan yang berakhir Mac lalu.

Guillen meletak jawatan pada 1 Ogos lalu.

Beliau berkata, wang yang dibawa isterinya itu merupakan wang pinjaman yang akan digunakan untuk membayar bil berkaitan perniagaannya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain