suria

Tiga Maut Taufan Haikui Landa Timur China

SHANGHAI: Sekurang-kurangnya tiga maut dengan nilai kemusnahan mencecah lebih AS$1.5 bilion selepas Taufan Haikui melanda timur China.

Ia merupakan taufan ketiga membadai negara itu dalam masa seminggu.

Agensi berita Xinhua melaporkan, Taufan Haikui mula membadai awal pagi Rabu di Wilayah Zhejiang di selatan Shanghai, menyebabkan pihak berkuasa bergegas untuk menyelamatkan lebih dua juta penduduk ke kawasan selamat.

Media di Shanghai melaporkan, cermin kaca sebuah bangunan terjatuh dan menghempap seorang wanita berusia 57 tahun.

Sebuah kilang kimia yang runtuh turut menyebabkan kematian seorang budak lelaki ketika mangsa dan keluarganya sedang berlindung.

Pusat kawalan banjir bandaraya Shanghai dan Ibu Pejabat Bantuan Mangsa Banjir mengesahkan, angka kematian setakat ini adalah tiga orang manakala tujuh lagi cedera.

Di Wilayah Zhegiang, ribut petir menyebabkan empat juta penduduk terjejas dengan angka kerugian ekonomi mencecah lebih 10 bilion Yuan (AS$1.57 bilion), memusnahkan 4,400 rumah dan 185,000 hektar ladang.

Ribut petir juga menyebabkan bekalan elektrik terputus untuk lebih 400,000 keluarga di wilayah berkenaan.

Di perkampungan Dongling, ratusan pelancong terkandas dan penduduk tempatan dilaporkan terpaksa menggunakan air hujan sebagai sumber minuman selepas bekalan air bersih terputus.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain