Polis Guna Meriam Air Surai Rusuhan Di Chile - Dunia | mStar

Polis Guna Meriam Air Surai Rusuhan Di Chile

SANTIAGO: Polis terpaksa menggunakan meriam air bagi menyuraikan rusuhan yang dicetuskan ribuan pelajar di ibu negara Chile pada Khamis bagi menuntut pendidikan percuma.

Kejadian itu turut mengakibatkan puluhan pelajar ditahan dan cedera, termasuk tiga bas awam musnah dibakar perusuh.

Krisis terhadap reformasi pendidikan di Chile masih belum dapat diselesaikan walaupun lebih setahun pelajar, guru dan ibu bapa melancarkan demonstrasi.

Perhimpunan yang pada mulanya aman bertukar tegang apabila pasukan perusuh yang bersenjatakan kayu mula bertempur dengan pihak polis dan melontarkan batu ke arah kedai di sekitar bandar berkenaan.

Kerajaan Chile berkata, pemimpin pelajar yang terbabit dalam protes tersebut perlu bertanggungjawab terhadap sistem pengangkutan massa Transantiago.

Dalam rusuhan itu, seramai 75 ditahan manakala 49 anggota polis dilaporkan cedera.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain