suria

Pemberontak Kurdish Serang Bas Tentera Turki

ISTANBUL: Suspek pemberontak Kurdish menyerang sebuah bas tentera Turki yang dalam perjalanan menuju ke barat wilayah Izmir pada Khamis.

Seorang tentera maut manakala empat lagi dilaporkan cedera dalam serangan itu.

Agensi berita Dogan berkata, pemberontak Parti Pekerja Kurdistan (PKK) menanam bahan letupan di jalan raya sebelum menyerang bas tersebut pada pukul 6 pagi waktu tempatan berhampiran Foca.

Beberapa tentera yang cedera dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan susulan.

Seorang pegawai polis di Izmir berkata, beberapa orang awam turut cedera dan siasatan berhubung punca insiden masih diteruskan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain