suria

Gunung Dalam Filem The Lord of the Rings Tiba-Tiba Meletus

MOUNT TONGARIRO (New Zealand): Sebuah lagi gunung berapi di New Zealand menunjukkan tanda-tanda akan meletuskan lahar pada Rabu - sehari selepas sebuah gunung lagi yang sekian lama telah 'mati' tiba-tiba meletus.

Gunung yang yang disangka 'mati' dan meletus itu pernah digunakan sebagai latar belakang pemandangan lanskap filem "The Lord of the Rings".

Gunung Tongariro yang terletak di pulau utara New Zealand telah memuntahkan debu sehingga 20,000 kaki tinggi (6,100 meter) ke udara sekaligus menjejaskan perjalanan udara semua penerbangan tempatan.

Bagaimanapun, perkembangan terkini menunjukkan sebuah lagi gunung berapi yang dinamakan White Island, yang terletak di luar pantai pulau utara sedang menunjukkan tanda-tanda akan meletus.

Letusan di White Island sebenarnya tiada kaitan langsung dengan letusan di Tongariro, kata pakar gunung berapai, Craig Miller.

Sementara itu di Wellington, yang terletak kira-kira 250 kilometer dari gunung berkenaan, para penduduk mendakwa mereka dapat menghidu bau sulfur sepanjang pagi Rabu.

"Ia adalah bau yang tengit dan sangat tidak selesa," kata Carole Burke, salah seorang penduduk Wellington.

Gunung Tongariro kali terakhir meletus pada tahun 1897 dan para saintis berkata, mereka tidak menerima sebarang tanda-tanda awal yang ia akan meletus.

Manakala Gunung White Island adalah sebuah gunung yang diklasifikasikan sebagai masih aktif dan pada 1914 letusannya telah membunuh 11 orang pelombong sulfur.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain