suria

Thailand Edar Kita Pembelajaran Sempena Ulang Tahun Asean

BANGKOK: Pengedaran kit pembelajaran berkaitan Asean kepada pelajar yang mewakili 70 sekolah dari seluruh negara merupakan sebahagian daripada acara yang berlangsung di negara ini untuk menyambut ulang tahun ke-45 penubuhan kumpulan serantau itu.

Menteri Luar Dr Surapong Tovichakchaikul menyerahkan kit itu kepada pelajar terbabit di kementerian berkenaan di sini, Rabu.

Sebelum itu, beliau mempengerusikan majlis menaikkan bendera Asean di kementeriannya sempena sambutan Hari Asean.

Pelbagai aktiviti, termasuk quiz dan forum, turut diadakan hari ini, yang melibatkan penyertaan pelajar sekolah menengah dan pemimpin korporat.

Asean ditubuhkan pada 8 Ogos, 1967 dan dianggotai 10 negara Asia Tenggara - Brunei, Indonesia, Filipina, Thailand, Singapura, Myanmar, Kemboja, Laos, Vietnam dan Malaysia. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain