suria

Pekerja Hyundai Motor & Kia Lancar Mogok

SEOUL: Para pekerja pembuat kereta terbesar Korea Selatan, Hyundai Motor telah melancarkan mogok pada Rabu sekaligus mencetuskan kebimbangan ia akan menjejaskan penghantaran kenderaan itu di seluruh dunia.

Syarikat itu berkata, 44,000 kakitangannya telah melancarkan mogok selama dua jam -menuntut kenaikan gaji yang lebih baik dan mendesak agar syif malam dihapuskan terus.

Pihak kesatuan dan pekerja telah melancarkan mogok pertama mereka dalam tempoh empat tahun bulan lalu.

Pada Khamis, pihak pekerja akan melancarkan mogok selama tiga jam dan diikuti dengan mogok selama empat jam pada Jumaat dan selepas itu Isnin serta Selasa depan.

Para pekerja di anak syarikat Hyundai iaitu Kia Motors pula merancang untuk melancarkan mogok selama lapan jam pada Jumaat dan enggan bekerja lebih masa bermula Isnin depan.

Hyundai dan Kia adalah pengeluar kereta yang kelima terbesar di dunia dan telah mencatatkan jualan yang memberansangkan sepanjang tahun ini di seluruh dunia.

Jualan Hyundai pada suku pertama tahun ini telah mencatatkan peningkatan sebanyak 11.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu iaitu sebanyak 2.18 juta unit kenderaan.

Kia pula mencatatkan jualan sebanyak 1.39 juta unit kenderaan secara global dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini iaitu peningkatan sebanyak 12 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain