suria

Nahas Bas Di Nepal: 11 Maut, 25 Cedera

KATMANDU, Nepal: Polis di Nepal berkata, sebuah bas telah terbabas di lebuh raya dan terhumban ke sebuah sungai, mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang dan mencederakan 25 yang lain.

Pegawai polis, Chandra Kafle berkata, pemandu bas hilang kawalan dalam perjalanan ke Katmandu pada pagi Selasa.

Bas itu terhumban ke dalam 50 meter ke Sungai Trishuli.

Kemalangan itu berlaku kira-kira 80 kilometer dari Katmandu di lebuh raya Prithvi, yang merupakan laluan utama menghubungkan ibu negara Nepal dengan kawasan-kawasan lain di negara itu. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain