Markas Baru Tentera Korea Selatan Paling Canggih Di Dunia - Dunia | mStar

Markas Baru Tentera Korea Selatan Paling Canggih Di Dunia

SEOUL: Ibu Pejabat baru Angkatan Tentera Korea Selatan dilengkapi dengan pelbagai peranti pelindung canggih yang dapat melindunginya daripada serangan siber dan juga elektromagnetik.

Pada Rabu, para panglima tertinggi tentera Korea Selatan secara rasminya berpindah ke bangunan baru setinggi 10 tingkat itu.

Ia antara lain dilengkapi dengan pelindung serangan gelombang elektromagnetik, anti-radiasi daripada ledakan bom nuklear dan juga kalis gempa bumi sehingga ke magnitut 8.38 skala richter.

Serangan gelombang elektromagnetik boleh melumpuhkan sistem perisian komputer dan sistem persenjataan.

Bangunan yang dilengkapkan dengan empat tingkat bawah tanah itu dibina bersebelahan dengan Kementerian Pertahanan di tengah-tengah bandar ini dan menelan perbelanjaan sehingga 187.5 bilion won (AS$166.5 juta).

Walaupun Korea Selatan mempunyai angkatan tentera yang indipenden tetapi dalam suasana perang, mereka akan berada di bawah arahan tentera Amerika Syarikat yang berjumlah 28,500 pada masa ini di negara itu.

Ini berikutan perjanjian yang ditandatangani di antara kedua-dua buah negara ekoran Perang Korea 1950-53.

Perjanjian itu hanya akan tamat pada tahun 2015.

Walaupun Perang Korea tamat pada tahun 1953 tetapi kedua-dua buah negara tidak menandatangani sebarang perjanjian genjatan senjata yang secara teknikalnya meletakkan mereka di dalam mode perang sepanjang masa.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain