suria

Kini Raja Pervez Pula Dipanggil Mengadap Mahkamah Agung Pakistan

ISLAMABAD: Mahkamah Agung Pakistan pada Rabu telah memanggil perdana menteri baru untuk hadir dalam satu lagi kes menghina mahkamah berhubung isu dakwaan korupsi ke atas presiden negara itu.

Mahkamah yang sama sebelum ini telah menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Yousuf Raza Gilani yang akhirnya menyebabkan beliau terpaksa melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri.

Tempatnya kini diambil alih oleh Raja Pervez Ashraf dan nampaknya beliau juga terpaksa berhadapan dengan isu yang sama pada 27 Ogos ini - juga kerana enggan mematuhi arahan mahkamah supaya pihak berkuasa mendesak Kerajaan Swizerland membuka kertas siasatan ke atas presiden.

Raja Pervez baru sahaja bulan lalu mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Gilani.

Jika beliau juga didapati bersalah, apakah Pakistan akan mempunyai seorang lagi perdana menteri baru - yang kedua dalam tempoh dua bulan?

Artikel Sebelum

Artikel Lain