suria

Gelombang Panas Korea Selatan Korbankan Lebih 830,000 Ekor Pelbagai Binatang Ternakan

SEOUL: Gelombang panas yang melanda Korea Selatan telah dilaporkan mengorbankan 830,000 ekor pelbagai binatang peliharaan, sebahagian besarnya ayam.

Kenyataan dari Kementerian Pertanian menyebut, 786,512 ekor ayam, 40,780 ekor itik, 3,000 burung puyuh, 336 ekor khindzir, dan lima ekor lembu telah disahkan mati akibat gelombang panas yang melanda negara itu sejak 20 Julai.

Kebanyakkan kawasan dilanda suhu setinggi 33 hingga 35 darjah Celsius.

Gelombang panas itu juga telah mengorbankan tujuh orang sepanjang Jun dan Julai, kata Kementerian Kesihatan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain